KUALA LUMPUR:Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, ia termasuk penjajaran sementara kakitangan awam ke tempat yang memerlukan perkhidmatan tambahan terutama bagi perkhidmatan sokongan kesihatan dan keselamatan.
“Penggunaan aset Kerajaan yang kurang optimum seperti kenderaan jabatan boleh dikongsi untuk menyokong kelancaran operasi perkhidmatan kritikal agar lebih bersepadu dan terselaras.
“Bangunan dan fasiliti kerajaan yang bersesuaian akan dikenal pasti di seluruh negara bagi tujuan pusat pengambilan swab test.
“Jabatan Perkhidmatan Awam akan bertanggungjawab menyelaras perkara ini bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kementerian, jabatan atau agensi lain yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu katanya, jawatankuasa itu juga akan memastikan integrasi keupayaan perkhidmatan hospital awam dan swasta dalam tempoh darurat.
“Ia memastikan koordinasi yang sistematik agar jaminan akses kesihatan yang menyeluruh dan bersepadu dapat dilaksanakan bagi pesakit COVID-19 serta bukan COVID-19.
“Mengoptimakan sumber kesihatan dan kepakaran yang ada untuk tujuan perawatan pesakit sewaktu pandemik COVID-19.
“Pengoperasian hospital awam termasuk Hospital Universiti, Hospital Angkatan Tentera dan Hospital Swasta akan diletakkan secara hibrid berdasarkan konsep Hospital Kluster di bawah Pusat Kawalan COVID-19 Bersepadu,” ujarnya.
Tambahnya, jawatankuasa itu turut akan mengoptimakan kapasiti makmal sedia ada terutamanya di Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Universiti Awam bagi tujuan pengujian serta pengesanan COVID -19 secara berskala besar.
“Mobilisasi lain-lain sumber perubatan seperti peralatan, PPE, ubat-ubatan adalah mengikut keperluan hospital terutamanya bagi perkhidmatan kesihatan umum termasuklah memobilisasi anggota perubatan seperti jururawat dari hospital swasta khususnya yang mempunyai kepakaran tertentu untuk bertugas sementara di hospital awam.
“Mekanisme pembiayaan pesakit COVID-19 oleh pihak insurans di hospital swasta sedang diperhalusi oleh Kementerian Kewangan, Kementerian Kesihatan, Bank Negara Malaysia dan industri insurans. Buat masa ini, peranan sektor swasta diperkasakan bagi merawat pesakit COVID-19 yang mampu membiaya sendiri kos perubatan dan rawatan.
“Kementerian Kesihatan akan terus melaksanakan libat urus dengan pihak hospital swasta dan pihak berkepentingan lain dalam memastikan kelancaran pengurusan COVID-19 serta perkhidmatan kesihatan umum tidak terjejas,” jelasnya.
Katanya, kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Bina Negara dan fasiliti lain yang bersesuaian akan dijadikan fasiliti tahanan sementara serta depoh tahanan sementara bagi kegunaan Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara sewaan.
“Ia menjamin penjarakan fizikal banduan dan tahanan di penjara, depoh tahanan serta lokap seterusnya mengelakkan penularan COVID-19.
“Banduan dan tahanan yang akan ditempatkan di kem-kem ini adalah banduan dan tahanan dengan kesalahan ringan sahaja.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk ditempatkan sementara bagi menjamin keselamatan yang ketat,” katanya.
Tambahnya, PDRM pada masa ini sedang berunding dengan pemilik-pemilik fasiliti yang bersesuaian untuk dijadikan lokap sementara.
Ujarnya, pengoptimuman penggunaan fasiliti sedia ada yang bersesuaian serta mengelakkan dari implikasi kewangan yang lebih besar bagi pembinaan fasiliti baharu.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan bertindak untuk mengumpul sebarang pandangan atau maklumbalas rakyat bagi memberi gambaran sebenar kepada Kerajaan mengenai situasi darurat semasa, menurut Mohd Zuki.
Tegasnya, KKMM juga akan bertindak secara strategik dengan mewujudkan saluran khas untuk memastikan segala maklumat berkaitan dengan pelaksanaan pengurusan darurat disampaikan kepada rakyat secara holistik dan tepat.
Astro Awani
Tue Jan 26 2021
Kata Mohd Zuki, ia termasuk penjajaran sementara kakitangan awam ke tempat yang memerlukan perkhidmatan tambahan terutama bagi perkhidmatan sokongan kesihatan dan keselamatan. - Foto FB
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.
Darurat: Jawatankuasa setuju mobilisasi perkhidmatan awam persekutuan, negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.
Darurat: Boleh pinjam bangunan untuk dijadikan depoh sementara bagi kekang COVID-19
Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah Proklamasi Darurat.
Kesihatan, ekonomi antara 6 kluster utama pastikan pengurusan darurat berjalan lancar
Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat semalam.